28Thursday,March

Cinta muslimah limited edition

29/3/2013..12.p.m

Cinta dan kasih syang merupakan sebuah perasaan istimewa yang dikurnikan oleh Allah s.w.t kepada semua hambanya.Tapi bergantung pada kita sebagai hambanya bagaimana mahu menggunakan ia dengan betul.Cinta di zaman persekolahan,apakah ini perlu?merupakan satu fenomena yang sering membelenggu fikiran dan perasaan pelajar tidak kira pelajar sekolah mahupun pelajar pengajian tinggi.Tapi kali ini aq nak specific bagi budak U sebab sekarang aq di alam U so kisah2 ni banyak lebih dekat dengan aq.Bagi aq bercinta di alam U boleh tapi jangan melampau.Aku tak cakap semua ibu bapa tak bagi couple.Ada juga ibu bapa open-minded bila kisah anak mereka bercouple.Tapi walau macam mana pun mak n ayah kita tahu kita couple tapi tolong respect mereka dengan usaha dan kerja keras mereka.Mereka hantar kita untuk belajar bagi mendapat kejayaan bukan untuk berhibur.

Dekat U ni xda spe yang control,so kena pandai2 jaga diri la.Kadang2 tu aq tengok anak gadis dan anak teruna balik ke U pkul 2 pagi baru sampai.Sebelum apa2 saya minta maaf kalau ada yang terasa dengan semua ni.Saya cuma nak mengelak daripada berlaku benda2 yang buruk.Kita sebagai manusia ni mudah alpa,jadi sebagai saudara seislam wajib la kita ingat-mengingati.Sedangkan berdua-duaan dengan bukan muhrim pun haram inikan pula sampai larut malam.

Ingat lah Allah melihat apa yang kita lakukan di Bumi ini.Tiada seinci pelosok pun dibumi ini yang Allah xnmpk jadi jaga la kelakuan kita.Saya masih ingat lagi pesanan ayah n ibu saya masa pertama kali kaki saya ini menjejak U n..adik kalau nak berjaya jaga solat,lakukan amalan2 sunat dan abah xnk dengar adik bercouple..tapi itu xbermakna abah xkasi langsung adik bercouple langsung dekat U ni,boleh tapi tunggu tahun 3 ye adik.Adik kalau ada lelaki mintak couple dengan adik sekarang kata dekat dia maaf saya xdpat terima awak sekarang..Tolaklah selagi boleh kerana klu lelaki itu betul2 sayang adik dia akan tunggu adik sampai masa yang abah cakap 2..

Bukan hanya ayah aq je cakap macam tu.Akak aq pun cakap.."adik..akak xnk dengar adik kapel dengan spe2 pn smpai la adik tahun 3..". Aku rasa itu betul sbb bagi aq apa yang ibu,ayah dan kakak aq cakap tu betul. sebab akak cakap bila dah masuk alam kerja baru nak bercouple memang susah..sbb semua dah sibuk hal masing2..

Kawan-kawan aq tak menghalang korang bercouple tu hak peribadi masing2.Apa yang aq nak cakap jagalah kelakuan kita sebagai muslimah..Cinta lelaki bukan muhrim masih boleh dicari lain tapi cinta keluarga dan cinta Allah hanya limited edition je dalam hidup kita..Biar cinta kita kaum muslimah ni seperti celcom broadband..hanya yang betul2 je boleh connect jangan pula jadi macam wifi ya..

0 comments:

Post a Comment